Saturday, December 27, 2008

Banyaknya ilmu

semakin lama aku memikirkan tentang diriku,apa yang ada padaku,,kadang-kadang terfikir jugak adakah cukup ilmu yang aku pelajari sekarang. ada di kalangan manusia menganggap dia datang untuk belajar ilmu yang di khususkan terhadapnya sahaja, bahkan dia merasakan tak perlu mencampurkan dirinya di dalam jamaah..adakah di dalam jamaah tidak mempunyai ilmu? wahai sahabat-sahabat fikirkanlah sejenak, sebenarnya di dalam jamaah itu lah kita akan memperolehi ilmu serba sedikit..mungkin sebelum ini kita memperolehi ilmu secara teori,dan dari teori itulah perlunya kepada praktikal,dan dari praktikal itulah kita perlu beramal dengannya. sebenarnya ilmu allah ini bertebaran di atas muka bumi ini,,hanya kehendak seseorang itu sahaja yang ingin mencarinya atau tidak..sepatutnya kita sebagai umat islam hendaklah melazimi diri kita sebagai tholabul ilmi,tidak semestinya kita sudah mempunyai segulung ijazah,kita sudah terlepas dari menuntut ilmu.kaut lah ilmu sebanyak mana yang mampu,kemudian beramallah dengannya.

"ilmu bila tidak di amal,seperti pohon yang tidak berbuah"


oleh itu kita sebagai orang yang beragama islam wajib mencari ilmu allah S.W.T tak kira sama ada lelaki atau perempuan. sepertimana hadis rasulullah S.A.W dalam mafhumnya lagi :

"menuntut ilmu fardhu bagi tiap-tiap lelaki dan perempuan yang beragama islam"


atas dasar ini,saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan diri kalian, semoga allah mempermudahkan segala amalan-amalan soleh yang kita kerjakan,,wallahua'lam

Tuesday, December 16, 2008

larangan memakai gelang tangan

Sekarang sudah menjadi trend bagi kaum adam di malaysia memakai gelang tangan,tidak kira tua atau pun muda,sehinggakan terjebak di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. kadang-kadang kita tidak tahu,apakah fungsi sebenarnya memakai gelang tangan bagi kaum lelaki. bila di tanya,ada yang menjawab ,"saya pakai gelang untuk berubat". dan ada juga yang menjawab, "saja-saja jer untuk fashion".....adakah semua itu benar!!!..ingin saya berkongsi pendapat dengan rakan-rakan blogger yang lebih arif. seperti mana telah di nyatakan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda, mafhumnya :



Dari Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?, Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda,"Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad



oleh demikian itu sebagai hamba allah yang beriman,sama-samalah kita fikirkan,yang mana paling terbaik untuk kita memilihnya dan bagaimana cara untuk kita mengatasi orang seperti ini..wallahua'lam

Thursday, December 11, 2008

kesejukan menjelma

EGYPT : Di kala menjelma bulan disember,bahang kesejukan kian mendatang,ditambah pula dengan angin yang bertiup kencang....pada waktu itu..aku mengharapkan para azhariyyun lazimikan untuk menghadirkan diri ke kuliah..sesungguhnya ini adalah satu cabaran bagi para pelajar-pelajar azhariyyun di sini..dengan waktu imtihan pun hampir tiba..sama-sama lah kita menggalas dan mengharungi musim ini sebagai satu cabaran bagi diri kita..sama-sama lah kita mengingati antara satu sama lain....firman allah azza wajalla yg bermaksud:

Dan berilah peringatan,maka sesungguhnya peringatan itu amat bermakna buat orang2 yang beriman...
Seruan Da'ie © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute