Wednesday, October 28, 2009

AL-QURAN UNTUK KEPENTINGAN?


AL-QURAN DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN?


Firman Allah Taa’la yang bermaksud :

“ Kitab al-quran ini tidak ada keraguan padanya,

Petunjuk bagi mereka yang bertakwa”.

Surah al-baqarah ayat 2.


Baru-baru ini saya menghadiri satu kuliah magrib di sebuah surau, seorang ustaz telah menyentuh ilmu berkaitan dengan al-quran, beliau telah membangkitkan isu masyarakat sekarang telah menggunakan al-quran untuk sesuatu kepentingan, Kerana ramai pihak-pihak yang seperti ini menggunakan al-quran ketika mereka di dalam keadaan kesusahan, diganggu, dan bermacam-macam lagi, Adakah mereka ingin mencari al-quran bila mana mereka susah? Dan adakah mereka mencari al-quran ketika mana mereka ingin memerlukan?.

Pada zaman sekarang telah menjadi satu fenomena di Malaysia bahawa al-quran diperlukan ketika mana menghadiri majlis tahlil arwah, itupun hanya membaca surah yassin, Kalau disuruh baca surah yang lain tak tahula,tergagap-gagap la, Itupun sekiranya seseorang itu tahu menahu surah yasin, kalau yang langsung tidak mempedulikan al-quran mana mungkin mereka tahu membacanya, di manakah letaknya keagungan al-quran, Kenapa ibu bapa tidak mendedahkan kepada anak-anak mereka tentang al-quran?, Janganlah kita menjadi seperti orang yang ingin belajar al-quran ketika usia sudah lanjut, mata pun dah kabur, ingatan hafalan pun tidak sempurna.


Al-quran telah diturunkan pada zaman nabi terdahulu, Mukjizat yang begitu agung ini telah diturunkan oleh Allah kepada Baginda kita Nabi Muhammad S.A.W, yang mana telah diturunkan melalui malaikat Jibril alaihissalam, yang mana Baginda Nabi Muhammad S.A.W mengambilnya secara TALAQQI dari malaikat Jibril alaihissalam, Dan sehingga sekarang mukjizat ini kekal dan tidak ada salah dan silap, Inilah salah satu mukjizat yang telah Allah S.W.T janjikan bahawa al-quran ini tidak ada sesiapa yang boleh menyelewengkan dan al-quran ini juga akan di jaga sehingga hari kiamat, Allah S.W.T telah merakamkan janjinya didalam al-quran yang bermaksud :


“ Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran,

Dan pasti kami juga yang memeliharanya”.

Surah al-hijr ayat 9.


Ini menunjukkan ayat ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian al-quran selama-lamanya, Oleh itu belajarlah al-quran ketika usia masih muda, Dampingilah bersama al-quran dimana saja, Bukan mencari al-quran untuk sesuatu kepentingan, Dan bukan mencari al-quran ketika dalam kesusahan, Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :


“Bacalah al-quran, Sesungguhnya ia datang pada hari kiamat

akan memberi syafaat kepada pembacanya”.


Wassalamualaikum...



Monday, October 19, 2009

KENALI ILMU QIRAAT

KENALI ILMU QIRAAT

INSYA ALLAH KALI INI,SAYA AKAN CUBA MENERANGKAN SERBA SEDIKIT PENGENALAN ILMU YANG SAYA MENUNTUT SEKARANG,YANG MANA ILMU INI TIDAK BERAPA FAMOUS DI KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA(pada waktu dulu),SEKARANG MUNGKIN SUDAH POPULAR DI SEKITAR MALAYSIA,KERANA SUDAH ADA MEDIA2 YANG MENERANGKAN SERBA SEDIKIT,TERMASUKLAH PROGRAM AKADEMI AL-QURAN,KALAM SUCI ASTRO OASIS DAN BANYAK LAGI.

ILMU QIRAAT DIANGGAP ASING BAGI MASYARAKAT MELAYU DI MALAYSIA INI,KERANA ILMU INI TIDAK MASYHUR DI NEGARA KITA MALAYSIA.TETAPI DI SEKITAR NEGARA ARAB ITU SENDIRI ILMU QIRAAT MEMANG MASYHUR BAHKAN RAMAI MASYARAKAT ARAB DIDEDAHKAN DENGAN ILMU INI.ILMU INI BERKEMBANG PADA ZAMAN RASULLULLAH S.A.W,DAN BUKAN ASING LAGI ILMU INI PADA ZAMAN DAHULU,KADANG-KADANG MASYARAKAT KITA SEKARANG DI MALAYSIA TIDAK TAHU YANG SEBENARNYA MEREKA MEMBACA AL-QURAN ITU ADALAH BACAAN QIRAAT,YANG MANA DI MALAYSIA DAN KEBANYAKANNYA NEGARA DI DUNIA,MEREKA MENGGUNAKAN QIRAAT HAFS ‘AN ‘ASIM,QIRAAT HAFS ‘AN ‘ASIM INI ADALAH SALAH SATU IMAM DARIPADA IMAM QIRAAT.
AL-QURAN DAN QIRAAT ADALAH SATU GABUNGAN YANG TIDAK BOLEH DIPISAHKAN,BEGITU JUGA DENGAN ILMU TAJWID DAN AL-QURAN,TIDAK SEMPURNA KITA MEMBACA AL-QURAN SEKIRA TIDAK DIBACAKAN DENGAN TAJWID,BAHKAN BERDOSA.SEPERTIMANA FIRMAN ALLAH DI DALAM KITABNYA YANG BERMAKSUD ;

Bacalah al-quran dengan keaadaan murattal
(bertajwid dan menyebut huruf dengan sempurna)
Surah al-muzammil ayat 4.

DAN INI MENUNJUKKAN ALLAH S.W.T MEWAJIBKAN KEATAS SEMUA UMAT ISLAM MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERTAJWID,WALAU BERBEZA QIRAAT SEKALIPUN.



DEFINASI ILMU QIRAAT :

NAMA : Ilmu qiraat
DEFINASINYA : Membincangkan tentang kalimah-kalimah al-quran dan keadaan
Kalimah tersebut seperti panjang pendek dan sebagainya.
PENGAMBILANNYA : Dari sunnah dan ijma’

FAEDAHNYA : Memelihara daripada tersalah dan terpesong ketika menyebut
Kalimah-kalimah al-quran, Ia juga menjadi hujjah kepada fuqaha’
Ketika mencari hukum-hukum syara’ sebagai panduan ummah.
TUJUANNYA : Mengetahui bacaan imam-imam qurra’.
KELEBIHANNYA : Adalah semulia-mulia ilmu kerana mempunyai kaitan yang rapat
dengan al-quran.
HUKUMNYA : Fardhu kifayah.
PENGASASNYA : Para imam-imam qurra’.

BEGITULAH SERBA SEDIKIT YANG BOLEH SAYA KONGSIKAN,DAN PIHAK KAMI YANG BELAJAR ILMU QIRAAT INI,MENGHARAPKAN SUPAYA ILMU INI DAPAT DITERAPKAN,DIHAYATI,DIFAHAMI DAN DIAMALI OLEH MASYARAKAT MALAYSIA KELAK.AMEN
WASSALAM


SUMBER RUJUKAN : PENGENALAN QIRAAT,
UST ABD RAHIM BIN JUSOH


Monday, September 28, 2009

RAYA DI sinun ATAU DI sinin?

seronok dan gembira bila dapat beraya dengan keluarga di malaysia pada tahun ini, berbanding tahun lepas aku beraya di perlembahan nil, dah la waktu tu aku baru jer sampai sana...sebulan je lepas tu dah nak puasa...apa lagi menggagau la di negara orang...bukan aku kata puasa di mesir tak best ha,,,korang jangan nak memutar belitkan pulak artikel aku ni,tapi setiap tempat ada kelebihannya dan ada kekurangannya...di mesir raya dengan kengkawan, di malaysia dengan family.
ni gambar raya kat mesir tahun lepas.
raya dengan kawan2 jer ha.. ni gambar raya tahun ni...tahun ni raya kat malaysia ni adik beradik aku la satu mak satu bapak tau...

ha inilah perbezaannya, a'la kullihal sama ada beraya di tempat sendiri ka atau di tempat orang ka, yang penting bila tiba 1 syawal,sama2 lah kita meraikan hari kemenangan dengan melaungkan takbir serta bermaaf maafan di antara satu sama lain...

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR
LAILAHAILLALAH HU WAALLAHHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILLAHHIL HAMD...

Sunday, September 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1430


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI SAYA DAN KELUARGA

Monday, May 11, 2009

imtihan dah habis

SHOUBRA : selama 2 bulan aku tidak memenuhi impian aku untuk meng up date blog aku ni..nak kata sibuk,tak pon.....entah la,buat-buat sibuk ada la...huhuhu..

sekarang baru lepas imtihan,baru ja habis kelmarin..kelmarin berakhir dengan quran tahriri ngan fawasil..kesimpulannya semenjak imtihan kali ini yg berjalan selama seminggu ni memang best bagi aku..dah la first time ambil imtihan kat mesir..

tapi itu la,ramai sangat yang mengambil kesempatan untuk tidak jujur dalam imtihan. entah la,dah jadi trend kot sekarang..apa2 halpun aku tak mau nak bincang banyak..cuma nak ingatkan sahabat-sahabat yang seakidah ni..

korang simpan la dalam hati betul-betul,kalam Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menipu,
ia bukan daripada kalangan kami"

Jelas dan nyata apa yang di kalam oleh rasulullah s.a.w itu,fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabatku,yang berlalu,biarkan ia pergi.yang akan datang kali ini buat lah yang terbaik.

Akhir kalam,salam imtihan buat sahabat-sahabat semua,semoga najah dan sofi.

salam...

Saturday, March 7, 2009

ISTIMEWANYA WANITA...


KEISTIMEWAAN WANITA......

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut, jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barangsiapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah S.A.W di dalam syurga.

6. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau kedua-dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan didirikannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap-tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkannya ke dalam Syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

ISTIMEWANYA WANITA..

Sunday, January 4, 2009

"Jahanamkan lah israel Ya allah"

Israel semakin mengganas terhadap rakyat palestin,bandar gaza yang dulunya aman,sekarang sudah pupus tersembah ke bumi,anak-anak yang tidak berdosa dibunuh dengan sengaja,tanpa rasa belas kasihan,ibu-ibu yang dalam keadaan mengandung anak-anak mereka turut di siksa sebegini rupa..angkara sekumpulan manusia yang tidak berperikemanusiaan yang di anggap binatang..mereka inilah yang bakal di hancurkan oleh allah di akhirat kelak..

Bila rakyat-rakyat negara islam membuat demonterasi bantahan terhadap israel rejim zionis,polis turut menghalang dan memukul rakyat-rakyat yang ingin menuntut pembelaan islam, sehinggakan ada pemimpin yang sanggup menghalang dana dan bantuan untuk di hantar ke palestin.Astagfirullah hal azim,apa yang dah jadi dengan dunia sekarang.

Kini askar-askar israel sudah mula menyerang melalui jalan darat,kerana sudah puas menyerang melalui jalan udara. Sama-samalah kita doakan agar allah memberi pembalasan yang amat teruk kepada orang-orang yang ingin menghancurkan kalimah "LAILAHAILLAH MUHAMMAD RASULULLAH".........

"Ya allah ya tuhan kami berikanlah mati syahid yang mulia di sisi mu, tempatkan lah mereka di kalangan para-para shuhada',,

"Ya allah ya tuhan kami bantulah mujahidin-mujahidin di palestin, dan berilah kemenangan kepada mereka ya allah".....Amin ya rabbal'alamin....

Friday, January 2, 2009

Seruan Da'ie mengucapkan salam Maal Hijrah 1430 kepada semua tetamu yang mengunjung ke laman ini.
Seruan Da'ie © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute