Wednesday, October 28, 2009

AL-QURAN UNTUK KEPENTINGAN?


AL-QURAN DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN?


Firman Allah Taa’la yang bermaksud :

“ Kitab al-quran ini tidak ada keraguan padanya,

Petunjuk bagi mereka yang bertakwa”.

Surah al-baqarah ayat 2.


Baru-baru ini saya menghadiri satu kuliah magrib di sebuah surau, seorang ustaz telah menyentuh ilmu berkaitan dengan al-quran, beliau telah membangkitkan isu masyarakat sekarang telah menggunakan al-quran untuk sesuatu kepentingan, Kerana ramai pihak-pihak yang seperti ini menggunakan al-quran ketika mereka di dalam keadaan kesusahan, diganggu, dan bermacam-macam lagi, Adakah mereka ingin mencari al-quran bila mana mereka susah? Dan adakah mereka mencari al-quran ketika mana mereka ingin memerlukan?.

Pada zaman sekarang telah menjadi satu fenomena di Malaysia bahawa al-quran diperlukan ketika mana menghadiri majlis tahlil arwah, itupun hanya membaca surah yassin, Kalau disuruh baca surah yang lain tak tahula,tergagap-gagap la, Itupun sekiranya seseorang itu tahu menahu surah yasin, kalau yang langsung tidak mempedulikan al-quran mana mungkin mereka tahu membacanya, di manakah letaknya keagungan al-quran, Kenapa ibu bapa tidak mendedahkan kepada anak-anak mereka tentang al-quran?, Janganlah kita menjadi seperti orang yang ingin belajar al-quran ketika usia sudah lanjut, mata pun dah kabur, ingatan hafalan pun tidak sempurna.


Al-quran telah diturunkan pada zaman nabi terdahulu, Mukjizat yang begitu agung ini telah diturunkan oleh Allah kepada Baginda kita Nabi Muhammad S.A.W, yang mana telah diturunkan melalui malaikat Jibril alaihissalam, yang mana Baginda Nabi Muhammad S.A.W mengambilnya secara TALAQQI dari malaikat Jibril alaihissalam, Dan sehingga sekarang mukjizat ini kekal dan tidak ada salah dan silap, Inilah salah satu mukjizat yang telah Allah S.W.T janjikan bahawa al-quran ini tidak ada sesiapa yang boleh menyelewengkan dan al-quran ini juga akan di jaga sehingga hari kiamat, Allah S.W.T telah merakamkan janjinya didalam al-quran yang bermaksud :


“ Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-quran,

Dan pasti kami juga yang memeliharanya”.

Surah al-hijr ayat 9.


Ini menunjukkan ayat ini memberikan jaminan tentang kesucian dan kemurnian al-quran selama-lamanya, Oleh itu belajarlah al-quran ketika usia masih muda, Dampingilah bersama al-quran dimana saja, Bukan mencari al-quran untuk sesuatu kepentingan, Dan bukan mencari al-quran ketika dalam kesusahan, Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud :


“Bacalah al-quran, Sesungguhnya ia datang pada hari kiamat

akan memberi syafaat kepada pembacanya”.


Wassalamualaikum...



No comments:

Post a Comment

Seruan Da'ie © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute