Sunday, March 28, 2010

SELAMAT HARI LAHIR ABAH


Hati ini sedih dan terharu bila mengingatkan kisah-kisah silam yang bermain di fikiranku, Seorang lelaki yang paling aku hormati dan aku sayangi, mendidik dan mengajarku dari ku kecil hingga ku dewasa , sehingga dapat meneruskan pengajianku di timur tengah, Dari tidak tahu membaca dan mengenal, Beliaulah guru yang pertama sebelum aku menimba ilmu di sekolah, Begitulah juga apa yang telah dirasai oleh abang-abang aku sebelum ini


Beliau adalah abahku yang paling aku sayangi.Tanggal 24 MAC 1953 abah dilahirkan, Dan baru-baru ini beliau menyambut hari lahirnya yang ke 57, Walaupun aku tidak dapat bersama-sama keluarga menyambut hari lahirnya, Tapi aku merasakan abang-abangku yang lain dapat bersama-sama meraikannya di Malaysia, aku disini hanya sekadar menghantar mesej pesanan ringkas kepada abah dan mengucapkan tahniah kepada abah, Walaupun aku menghantar pesanan lewat 2 hari.

SELAMAT HARI LAHIR BUAT ABAHKU YANG TERSAYANG

SEMOGA ABAH PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.


“ACER SENTIASA MENGHARAPKAN DOA DAN REDHA DARI ABAH DAN MAMA,SEMOGA ACER BERJAYA DALAM PENGAJIAN DAN KEHIDUPAN YANG AKAN DATANG…SAYANG ABAH DAN MAMA”

1 comment:

Seruan Da'ie © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute