Tuesday, December 16, 2008

larangan memakai gelang tangan

Sekarang sudah menjadi trend bagi kaum adam di malaysia memakai gelang tangan,tidak kira tua atau pun muda,sehinggakan terjebak di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. kadang-kadang kita tidak tahu,apakah fungsi sebenarnya memakai gelang tangan bagi kaum lelaki. bila di tanya,ada yang menjawab ,"saya pakai gelang untuk berubat". dan ada juga yang menjawab, "saja-saja jer untuk fashion".....adakah semua itu benar!!!..ingin saya berkongsi pendapat dengan rakan-rakan blogger yang lebih arif. seperti mana telah di nyatakan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Larangan memakai gelang tangan walaupun untuk tujuan kesihatan, telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda, mafhumnya :



Dari Imran bin Hussein r.a., bahawasanya Rasullulah s.a.w. telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan. "Apakah bendanya ini"?, Lelaki itu berkata,"Ia adalah gelang perubatan". Rasulullah bersabda,"Sesungguh nya benda itu tidak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya. " Hadis Sahih yg ke-19,885 Riwayat Imam Ahmad



oleh demikian itu sebagai hamba allah yang beriman,sama-samalah kita fikirkan,yang mana paling terbaik untuk kita memilihnya dan bagaimana cara untuk kita mengatasi orang seperti ini..wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Seruan Da'ie © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute